Franco and I were late for this performance.
Also found this on her laptop.
(SING IBU SONG)
BERMULA DARIPADA SEGUMPAL DAGING MERAH
HINGGALAH KEPADA PEMBENTUKAN TULANG-TEMULANG
TERBENTUK DI DALAM RAHIM SEORANG INSAN
MENJADI PERANTARAMUKA
ANTARA MAKHLUK DENGAN TUHAN
SELAMAT SEJAHTERA
DARIPADA INSAN YANG SERING ALPHA
INGIN BERKONGSI NASIB
BERKONGSI CERITA
KISAH SANG ANAK YANG RINDUKAN EMAKNYA
DENGARKANLAH
SUARA HATI
BUAT EMAK
INSAN YANG TERCINTA
TERNGIANG-NGIANG DI TELINGA KAMI
KETIKA EMAK MEMANGGIL KAMI
KETIKA EMAK MENASIHATI KAMI
KETIKA EMAK MENEGUR KAMI
KETIKA EMAK MENDODOI KAMI
DAN KETIKA EMAK
MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI
MASIH SEGAR DALAM INGATAN KAMI
KETIKA EMAK BERKATA “ANAK-ANAK MAK……. EMAK TAK ADA PUSAKA UNTUK DIWARISI…. EMAK TIADA HARTA UNTUK DIBERI.
MAK HANYA MAMPU MENYEKOLAHKAN KAMU…. KERANA MAK PERCAYA HANYA ILMU SAHAJA YANG DAPAT MENGUBAH NASIB KAMU SEMUA….
JANGANLAH ANAK-ANAK MAK SIA-SIAKAN SEMUA INI…… KERANA MAK TAK HARAPANKAN APA-APA BALASAN DARIPADA KAMU SEMUA…
CUKUPLAH BAHAGIAN ANAK-ANAK EMAK DI DUNIA INI”
MACAM KAMU SEMUA EMAK KAMI CANTIK, LEMAH LEMBUT, SOPAN SANTUN BAIK BUDI PEKERTINYA
BETUL! BETUL! BETUL!
EMAK KAMI CEKAL,GIGIH, DAN PENYABAR ORANGNYA
9 BULAN 9 HARI EMAK KANDUNGKAN KAMI
TIBA MASA EMAK LAHIRKAN KAMI
EMAK JAGA KAMI
DENGAN PENUH KASIH SAYANG
EMAK SUSUKAN KAMI
DENGAN SUSU BADANNYA SENDIRI
EMAK BELAI KAMI
DENGAN KELEMBUTAN DAN KEIKHLASAN
EMAK TAK PERNAH ABAIKAN KAMI
KERANA EMAK AMAT MENYAYANGI KAMI
SAKIT, PENAT, LELAH
SEMUANYA EMAK PENDAM
EMAK…..! EMAK……! DI MANAKAH EMAK?
KAMI RINDUKAN EMAK! KAMI SAYANGKAN EMAK
MAAFKAN KAMI JIKA KAMI MALAKUKAN KESALAHAN
KAMI DAH MENYESAL KAMI MENYESAL…… EMAK!
JIKA ADA SATU HARI LAGI TIDAK AKAN BERHENTI
TANGAN INI MERANGKUL ERAT TUBUH EMAK
TIDAK AKAN BERHENTI IKHTIAR KAMI
MENCAPAI KEJAYAAN
No comments:
Post a Comment