Labels

Wednesday, May 18, 2011

KELAB GOLF MGC/TKC


Bagi tahun 2011, Kelab Golf MGC/TKC telah berjaya menganjurkan permainan golf sebulan sekali. Pemain-pemain veteran handalan yang sentiasa menyertai permainan bulanan terdiri daripada Kak Maznah, Kak Majmin, Kak Sabariah @ Kak Lang, Kak Sharifah Maimunah dan adiknya, Sharifah Zawiyah, Khairiyatun Azlina dan Lini Kazim.


Permainan yang dianjurkan telah memberi peluang kepada ahli-ahli bermain di kelab yang berbeza-beza setiap bulan. Antara kelab-kelab yang telah diterokai pada tahun ini ialah Kelab Golf Awana di Genting, Kelab Golf Staffield di Kajang, Kelab Golf Bangi, Kelab Golf Perkhidmatan Awam di Petaling Jaya dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Adalah hasrat ahli-ahli kelab untuk mencuba kesemua kelab-kelab golf di Kuala Lumpur dan Selangor!


Selain daripada itu, keahlian kelab golf kini mencecah dua digit dengan penyertaan 2 ahli baru yang aktif pada tahun ini - Kak Wan Raimah dan Kak Nori.


Kami berharap agar lebih ramai ahli-ahli MGC/TKC OGA yang akan menaruh minat kepada permainan golf dan turut menyertai permainan bulanan yang dianjurkan.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Kak Sabariah di talian 012-337 3315.



Born to Golf



written for MGC/TKC AGM Updates

2 comments:

Makbudak said...

Wah! Adakah ini ditulis oleh awak Lini? :)

linikazim said...

Ha, siapa lagi antara pemain golf TKC yang berupaya menulis sehandal ini? He! He!

This is actually for MGC/TKC Annual General Meeting report 2011. Still can't understand why we are still reporting and communicating in Malay.